SOALAN LAZIM
1.
Apakah
Program Straight-As™?
Program Straight-As™
merupakan satu program interaktif yang menggunakan kaedah pembelajaran yang direkacipta untuk
membantu para pelajar bersiap sedia menghadapi peperiksaan dan seterusnya mendapat keputusan
yang cemerlang. Program kami juga memberi kemudahan kepada ibubapa untuk memantau kemajuan persekolahan
anak-anak mereka secara sistematik dan dengan itu membolehkan mereka membantu anak-anak mereka untuk
bersedia menghadapi peperiksaan.
Program Straight-As™
ialah suatu kaedah pembelajaran yang melatih para pelajar mengeluar dan menggunakan segala yang telah
dipelajari di sekolah melalui latihan-latihan yang disediakan.
2.
Apakah "Pembelajaran Input"?
"Pembelajaran Input" adalah proses memasukkan maklumat ke dalam sel-sel otak anda. Membaca, belajar,
mendengar dan menghafal adalah di antara contoh-contoh "Pembelajaran Input". Terlalu ramai para pelajar
hari ini menggunakan hanya "Pembelajaran Input", dan inilah punca utama mengapa mereka hanya mendapat
pencapaian yang sederhana di dalam peperiksaan mereka. Untuk menyerlah di dalam peperiksaan, para pelajar
perlu menguasai dan memilki kemahiran “Pembelajaran Input” dan
Program Straight-As™.
3.
Mengapa para pelajar perlu mengikuti
Program Straight-As™?
Program Straight-As™
telah direka khas dan dengan begitu teliti untuk menyediakan para pelajar suatu
kaedah pembelajaran yang sempurna dan dilengkapi dengan pelbagai ciri untuk membantu mereka bersiap
sedia menghadapi peperiksaan. Dengan mengikuti
Program Straight-A’s™
, para pelajar boleh menilai kemajuan dan prestasi akademik mereka sendiri dengan mudah dan lebih
berkesan. Dengan ini, mereka boleh menilai sendiri tahap keupayaan, kesediaan dan kefahaman mereka
tentang apa yang mereka telah pelajari di sekolah.
Program Straight-As™,
memberi peluang kepada para pelajar membuat latihan secara bertubi-tubi, mengulangi latihan mereka
sebeberapa kali yang mungkin untuk menajamkan lagi kemahiran mereka dalam menjawap soalan peperiksaan,
sekaligus membantu membina keyakinan diri mereka dan menggalakkan membina sikap cemerlang.
4.
Apakah tahap dan mata pelajaran yang terkandung dalam Program Straight-As™?
Semua mata pelajaran yang diajar di sekolah kebangsaan terkandung dalam
Program Straight-A’s™,
dan meliputi setiap peringkat persekolahan, bermula dari Tahun 1 ke Tingkatan 3. Segala perisian
Program Straight-A’s™
direka secara khusus untuk mengikuti kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia, dan meliputi semua peringkat
peperiksan kerajaan daripada UPSR, PMR sehingga SPM.
5.
Kenapa Lapuran Prestasi Program Straight-As™ sangat penting?
Lapuran Prestasi adalah salah satu ciri penting dalam
Program Straight-A’s™
kerana lapuran ini mampu memberi gambaran awal kepada ibubappa mengenai pencapaian akademik anak-anak mereka.
Lapuran ini memberi maklumat yang terkini kepada ibubapa tentang kemajuan akademik anak-anak mereka, dan
dengan ini ibubapa dapat mengenalpasti setiap kelemahan dan kekurangan akademik anak-anak mereka sebelum
mereka menerima kad laporan sekolah anak-anak mereka.
Lapuran Prestatsi membolehkan ibubapa memantau kemajuan akademik anak-anak mereka pada bila-bila masa
dan di mana-mana sahaja dan ibubapa dapat mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memperbaiki prestasi
akademik mereka.
6.
Bagaimanakah saya dapat mengetahui bahawa prestasi anak saya lebih cemerlang dengan Program Straight-As™?
Sebagai ibubapa, anda boleh memantau prestasi dan peningkatan
anak anda secara terperinci melalui Lapuran Prestasi mereka. Lapuran Prestasi adalah satu ciri yang "MESTI ADA"
kerana ia dapat memberi maklumbalas yang penting untuk ibubapa membuat sebarang keputusan.
7.
Bagaimanakah saya boleh memantau perkembangan
anak saya, jika saya sendiri tidak mempunyai masa untuk duduk bersama mereka semasa pembelajaran mereka?
Program Straight-As™ memang di reka khas untuk
membantu ibubapa yang sibuk pada hari ini.
Program Straight-A’s™
mempunyai ciri-ciri yang dapat membantu ibubapa memantau kemajuan akademik anak-anak mereka dengan lebih
mudah, teratur dan lebih berkesan.
Program Straight-A’s™
membolehkan anda melihat Lapuran Prestasi anak anda secara "real-time",
pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
8.
Bagaimanakah anda memotivasi para pelajar untuk terus menggunakan Program Straight-As™?
Ciri-ciri interaktif kami adalah satu-satunya faktor utama
yang menggalakkan para pelajar untuk terus menggunakan
Program Straight-A’s™.
Tambahan pula, sikap persaingan memang ada di kalangan para pelajar dan mereka sukakan persaingan. Oleh sebab itu
Program Straight-A’s™
akan menyenaraikan nama-nama 100 pelajar terbaik dalam semua subjek pada setiap tahap. Para pelajar akan
lebih bermotivasi jika mereka melihat nama mereka disenaraikan di kalangan 100 pelajar terbaik, dan ini
akan mendorong mereka untuk meningkatkan prestasi dan kedudukan mereka di dalam senarai tersebut. Lebih
banyak kali mereka membuat latihan, akan bertambah baiklah pencapaian mereka.
9.
Mengapakah Program
Program Straight-As™ hanya memberi tumpuan kepada soalan yang berbentuk objektif sahaja?
Ini ialah kerana
Program Straight-As™
menggunakan teknik pembelajaran yang menguji para pelajar atas tahap pengetahuan dan kefahaman mereka
menerusi soalan-soalan berbentuk objektif yang mempunyai jawapan pelbagai pilihan. Sekiranya mereka dapat
menguasai latihan-latihan dalam bentuk soalan-soalan pelbagai pilihan, mereka mampu cemerlang di dalam
peperiksaan yang berasaskan soalan-soalan subjektif.
10.
Mengapa jalan kerja, terutamanya dalam subjek Matematik, tidak ditunjukkan di dalam
Program Straight-A’s™?
Program Straight-As™
bukan satu kaedah "Pembelajaran Input". "Pembelajaran Input" memberi penekaan kepada cara belajar,
di mana seorang pelajar itu sudahpun mempelajarinya di sekolah, di kelas tuisyen ataupun mempelajari
cara pembelajaran itu daripada buku-buku rujukan. Program Straight-As™ memberi pilihan kepada para pelajar
untuk memilih cara "Pembelajaran Input" yang terbaik yang bersesuaian untuk diri mereka. Keunikan Program
Straight-As ™ adalah berdasarkan pada fakta yang mengatakan bahawa "Berlainan pelajar belajar berlainan cara;
Apa yang mungkin mudah untuk seseorang pelajar, kemungkinannya sukar untuk seorang pelajar yang lain".
Program Straight-As™
yang menekankan kaedah "Pembelajaran Output" dapat mengenalpasti kelemahan seseorang
pelajar secara sistematik, dan seterusnya membolehkan pelajar tersebut mengambil langkah-langkah yang perlu
untuk memperbaiki kelemahannya dengan mengikuti cara yang bersesuaian untuk dirinya. Ini dapat membantu pelajar
tersebut bersiap sedia menghadapi peperiksaan yang akan dihadapinya kelak, dan seterusnya membolehkannya mencapai
kecemerlangan di dalam peperiksaan.
11.
Adakah
Program Straight-As™ akan membebankan anak saya?
Tidak.
Program Straight-As™
bukan satu pengulangan kaedah "Pembelajaran Input", dan dengan itu tidak akan membebankan anak anda.
12.
Perlukah anak saya mengikuti
Program Straight-As™ sedangkan mereka sekarang ini menghadiri kelas tuisyen juga?
Ya, mereka perlu mengikuti
Program Straight-As™
kerana tuisyen adalah satu lagi kaedah Pembelajaran Input. Sebenarnya,
Program Straight-A’s™
akan menjadi pelengkap yang baik bagi kelas tuisyen anak anda.
13.
Bagaimanakah
Program Straight-As™ jika dibandingkan dengan kelas tuisyen yang sediada?
Program Straight-As™
tidak boleh dibandingkan dengan kelas tuisyen yang sediada kerana
Program Straight-As™
menggunakan teknik pembelajaran yang mengutamakan pembelajaran serta merta dan menyediakan sistem pemantauan
secara "real-time". Namun begitu, maklumbalas yang ibubapa memperolehi daripada
Program Straight-As™
ini, dapat membantu mereka membuat keputusan yang lebih tepat jika anak mereka masih perlu mengikuti kelas-kelas
tambahan ataupun kelas tuisyen.
14.
Adakah bayaran yuran yang dikenakan untuk melanggani
Program Straight-As™ berpatutan?
Ya,
Program Straight-As™
adalah satu program yang mampu diguna oleh semua lapisan masyarakat dan sangat bermanfaat.
a.
Harga langganan kepada
Program Straight-A’s™
berdasarkan kepada "satu keluarga", tanpa mengira berapa ramai anak sesuatu keluarga itu ada.
Oleh itu, lebih ramai anak dalam satu keluarga yang menggunakan
Program Straight-A’s™
, akan lebih kos efektiflah yuran langganan itu.
b.
Program Straight-As™
membenarkan setiap pelajar berlatih dengan soalan peperiksaan yang tersedia secara bertubi-tubi, berulang kali
dengan tidak terhad, tanpa perlu membayar yuran langganan yang lebih. Program ini adalah berdasarkan konsep -
"berlatih mencapai kesempurnaan"
c.
Program Straight-As™
membenarkan setiap pelajar akses kepada pelbagai tahap sekolah.
15.
Bagaimanakah caranya jika saya ingin mendaftar
lebih daripada seorang anak untuk mengikuti Program Straight-As™?
Anda boleh daftar untuk pelbagai akses apabila anda membuat
langganan kepada
Program Straight-A’s™
. Sebarang bilangan anak boleh didaftarkan untuk mengikuti
Program Straight-A’s™
. Sekiranya anda sudahpun melanggani
Program Straight-A’s™
, apa yang anda hanya perlu buat ialah untuk buat bayaran "set-up fees" yang nominal untuk mendapat kemudahan
pelbagai akses tersebut.
|