KAMI PRODUK
Program Straight-As™
merupakan sebuah program pendidikan interaktif
secara talian yang mampu memberi anda, sebagai ibubapa, penilaian
segara ke atas keperluan pembelajaran anak anda, dan dapat membantu
anda mengenalpasti kelemahan akademik mereka. Ia juga membenarkan anda
memantau dan membuat analisis kemajuan anak anda dengan lebih terperinci,
lebih tepat dan secara lebih teratur, di mana-mana sahaja dan pada
bila-bila masa.
Dengan Program Straight-As™
anda dapat mengetahui tahap sebenar kesediaan anak anda
dalam menghadapi peperiksaan.
Sistem pengawasan secara "real-time"
kami dapat membantu anda membuat keputusan yang lebih tepat dengan
lebih cepat, membolehkan anda mengambil langkah yang perlu untuk
memperbaiki segala kelemahan anak anda. Ini telah terbukti merupakan
satu faktor yang penting yang mampu membantu anak anda agar mereka
akan lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan yang sebenar.
Kelebihan Program Straight-As™
berdasarkan kenyataan bahawa setiap pelajar itu belajar dengan
cara mereka tersendiri; apa yang mudah bagi seorang pelajar, mungkin
susah untuk seorang pelajar yang lain. Oleh itu, kami telah mereka-cipta
suatu kaedah pembelajaran yang dapat mengenalpasti kelemahan seseorang
pelajar secara sistematik, di mana pelajar tersebut mampu mengambil
langkah yang perlu untuk memperbaiki kelemahan sedia ada, di samping
menikmati pembelajaran mereka mengikuti tahap kemampuan sendiri. Ini
membolehkan mereka membuat persiapan yang cukup untuk mereka menghadapi
peperiksaan dan membantu mereka mencapai kejayaan akademik dengan lebih
menyerlah.
Segala kandungan dan pengisian
Program Straight-As™
menggunakan soalan peperiksaan dan bahan pembelajaran ulang-kaji
yang telah dimiripkan mengikuti peperiksaan yang sebenar, berpandukan
kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia,
untuk membenarkan anak anda berlatih secara bertubi-tubi dengan mengambil
ujian dan latihan ulang-kaji yang telah kami sediakan. Program ini adalah
berdasarkan konsep - "berlatih mencapai kesempurnaan".
Sejak Program Straight-As™
diasaskan, ramai ibubapa telah mendapati program ini sebagai
satu alat yang sangat berkesan dan begitu mudah untuk digunakan,
yang mampu membantu anak-anak mereka membuat persiapan yang secukupnya
untuk menghadapi peperiksaan. Ciri-ciri
Program Straight-As™ yang unik dan
keupayaan program ini untuk mengatasi kerisauan yang dihadapi oleh
ibubapa, dan kebolehan program ini untuk memenuhi keperluan dan kehendak
para pelajar, merupakan faktor utama kejayaan dan penerimaan program ini
secara menyeluruh.
|